Lukisan Manusia Pertama Aku

 

Selamat hari raya Aid-Adha kepada semua yang mana follow dan baca my second blog ni. Maaf segala salah silap aku selama ini andai ada terkasar bahasa atau tersalah kata. Maaf juga jika ada kebodohan dan kekhilafan yang aku buat dengan sengaja atau tidak.
...
Hari ni aku nak share lukisan yang aku dah buat sebelum ni. Sebelum ni aku memang mengelak request yang nak aku lukis wajah diorang sebab aku tak berapa mahir dalam bab macam tu. ini pun half printed sebenarnya. Setelah sebulan hadap lukisan ni, akhirnya siap juga. Lukisan ni bersaiz B5 sahaja yang aku jual dengan harga RM250. Asalnya lukisan ni memang aku tak jual pun. Aku cuma lukis sekadar hobi dan suka-suka je. Tuan empunya badan nak beli, katanya sekadar untuk support la hobi aku.Alhamdulillah juga.

 Ada satu mamat Jepun yang aku follow tutorial dia DM aku, dia kata aku boleh copy hasil karya dia dan jual jika aku mahu. Sebelum aku lukis lukisan yang dia pernah lukis, aku ada minta kebenaran dia dulu. Aku minta izin la..takut nanti tak pasal-pasal aku kena saman dengan dia. Alhamdulillah...dia bagi kebenaran. Ada beberapa lukisan dia yang aku follow. Korang boleh check Intagram aku di @epi.guererro

2 comments: