Hati Turbo : EPS 6


Aku melangkah keluar dari perkarangan hospital dengan pemikiran yang berbelah bagi. Kata-kata Dr.Raja menghantui lubuk hati aku. Aku kejam terhadap diri aku sendiri adakala aku terlalu malas untuk fikir akibat jika aku biarkan semua perkara mudah. Positif apa aku ni? Ia lah benda yang serius pun aku boleh angap seperti semudah memetik jari sahaja. Aku bentangkan kesepuluh jari melihat perubahan pada kuku yang mulai kebiruan, ah! ini bukan sudah lama dari aku zaman kanak-kanak lagi.

"Auwwwcchhhh, sakitnya!." Aku sudah terjelepuk jatuh dilantai,nasib tak lending macam superman kalau tidak malu aku dibuatnya tatkala secupak mata beralih ke arah aku yang mengaduh kesakitan. "Jalan tu tengok la orang, main langgar saja." Marah aku yang berusaha untuk bangun. Aku sapu kotoran pada blaus dan jean.

"Maafkan saya..."


Suara dihadapan aku meminta maaf dan yang pasti lelaki. Tatkala aku mendongak "Awak!." Mulut aku melopong, terdiam seribu bahasa. Malu, sakit entah kemana menghilang. Mata aku tak berkerdip memandang.

"Apa awak buat kat sini?" Soal dia seperti tidak sedar bahawa kini aku berada di bangunan apa dan dia pula berpakaian bagaimana. Huh!

"Tak ada apa. Melawat saudara yang sakit. Awak?." Punggah! Aku pula yang bertanya soalan bodoh. Sah-sah aku tahu apa dia buat kat sini. Adei...malunya.

Dia seolah tak sedar akan soalan aku yang tahap budak tadika tu sedangkan dia dan aku tahu apa dia buat kat hospital. " Saya bertugas kat sini. Erm...lama awak menyepi selepas event hari tu?" Soal dia tiba-tiba.

"Sa...saya sibuk kerja. Aku memberi alasan. Perbohongan yang mudah dikesan melainkan dia bengap tahap chipanzi.

"Yaz pun ada cakap awak dah lama diamkan diri sejak hari tu. Dia cuba hubungi awak tetapi tak dapat. Sudah tukar nombor ke?"

Aku menepuk dahi tatkala teringat akan telefon Nokia 3310 yang sudah lama hilang. " Saya lupa...."  Aku membelek tas tangan dan mengeluarkan name card yang tertera nama, alamat kerja dan nombor telefon. "Awak bagi ini pada Yaz." Aku hulurkan pada dia dan disambut lambat.

"Yaz je?." Soalan yang buat aku tidak faham. Dahi aku berkerut seribu memandang dia "I mean takkan Yaz je, saya takkan tak boleh dapatkan nombor telefon awak?." Soal dia lagi seolah menjerat aku. Ambik kau!

"Boleh. Call je la kalau awak ada masa." Balas aku selamba tapi masih separuh hati dalam memaksudkannya. Sebelum ini aku block setiap nombor lelaki yang menghubungi aku di dalam waktu kerja dan waktu aku berehat dirumah. Aku kira itu masa berkualiti untuk aku bersendirian
dan aku tidak mahu diganggu.

"Awak ada masa ke sekarang?."

"Hah? kenapa?." Apahal pula aku yang terkejut beruk ni.

Dia memandang jam di tangan kanannya. "Jomlah teman saya lunch. Boleh kita borak panjang." Ujarnya lagi.

Aku berfikir sejenak aktiviti aku selepas ini, argh! memang aku tidak ada apa-apa progrem pun tetapi...boleh la sekejap luang masa. "Okey, sure."

*****

Selesai memesan makanan, aku berpura-pura membelek telefon bimbit di tangan. Bisu, kelu dan aku tidak tahu dimana mahu mulai bicara. Haq melempar pandangan dia pada aku seperti singa lapar, direnung dan entah apa yang dibeleknya di wajah aku ini. Aku mengumpul kekuatan cuba mengangkat pandangan dan beranikan diri untuk membalas pandangannya. Mata bertentang, dia senyum melebar. Muka aku berubah merah dan kepanasan.

"Dah lama awak kerja akaun?" Soal Haq mulakan bicara.

"Ya.Dah lama." Jawab aku ringkas. Entah kenapa aku kaku, malu, segan...semua bercampur baur sekali gus. Tangan sibuk menguis sisa makanan di pinggan. Tidak luak. Selera lapar yang menggunung tiba hilang. Menyorok barangkali.

Tatkala Haq pula langsung tidak gentar. Lagaknya seperti biasa, selamber je. Argh lelaki. Terbiasa melayan perempuan barangkali mungkin itu sebabnya dia tidak gentar dengan siapa pun. Haq
kembali menatap wajah aku "So, hari ni awak tak kerja ke? Apa buat dekat sini?".

Okey! Soalan tu dah mula ditanya. Apa aku nak jawab? Menipu lagi? Argh! ini la orang kata, menipu bukan menyelesaikan masalah tetapi bertambahnya masalah yang baru. Kenapa rahsia itu tidak boleh terus kekal sebagai rahsia. Shit!

"Saya pergi jumpa kawan. Kebetulan saya ada hal sikit." Done! Aku sudah jadi PENIPU! Tahniah.


To be continue...

No comments:

Post a Comment

LEBIH MENARIK DISINI: