Hati Turbo : EPS 6


Aku melangkah keluar dari perkarangan hospital dengan pemikiran yang berbelah bagi. Kata-kata Dr.Raja menghantui lubuk hati aku. Aku kejam terhadap diri aku sendiri adakala aku terlalu malas untuk fikir akibat jika aku biarkan semua perkara mudah. Positif apa aku ni? Ia lah benda yang serius pun aku boleh angap seperti semudah memetik jari sahaja. Aku bentangkan kesepuluh jari melihat perubahan pada kuku yang mulai kebiruan, ah! ini bukan sudah lama dari aku zaman kanak-kanak lagi.

"Auwwwcchhhh, sakitnya!." Aku sudah terjelepuk jatuh dilantai,nasib tak lending macam superman kalau tidak malu aku dibuatnya tatkala secupak mata beralih ke arah aku yang mengaduh kesakitan. "Jalan tu tengok la orang, main langgar saja." Marah aku yang berusaha untuk bangun. Aku sapu kotoran pada blaus dan jean.

"Maafkan saya..."

LEBIH MENARIK DISINI: