Hati Turbo : EPS 5

Aku hanya menadahkan telinga tatkala mendengar suara Azfar yang nyaring. Tidak mampu untuk aku membela diri sendiri. Aku yang bersalah kerana cuai ketika memandu dan secara tak sengaja aku terbabas dan mendapat beberapa jahitan di dahi serta lengan kanan. Muka Azfar keruh beberapa kali memicit kepalanya yang tidak sakit. Kali ini aku tidak mampu membalas renungan Azfar entah kenapa. Azfar masih duduk di bangku dihadapan aku sambil matanya memandang tepat pada mata aku. Gayanya seperti dia akan meratah aku hidup-hidup kat situ juga.


"Tak ada apa nak dirisaukan Far. Aku okey je. Aku tak sengaja, benda nak jadi aku nak buat macam mana."

Azfar mengela nafas berat "Lepas balik kerja, kenapa kau tak balik rumah? Kau buat apa sampai ke Nilai sana?"

Alamak! Aku terperangkap lagi. Aku sendiri pun tak tahu apa aku buat sampai ke sana. Aku hanya memandu sambil melayan perasaan, tanpa arah dan tujuan itu sahaja. Takkan aku nak bagitahu Azfar yang aku memandu ke sana tanpa urusan, mesti dia akan cakap aku gila punya.

"Aku nak ke rumah mak cik aku, tak sangka pula jadi macam ni. Kau boleh tak jangan persoal? Pening kepala aku tau tak." Aku terus berdiri dan keluar dari bangunan hospital menuju ke parking kereta. Azfar terpiga-piga ditempat duduknya sambil memandang aku berlalu. Tak lama Azfar mengekori aku dari belakang. Aku senyum dalam hati kerana sudah menjangkakan tindakan Azfar, dia takkan benarkan aku balik menaiki kenderaan awam.

"Tunggulah." Pinta Azfar sambil berlari anak ke arah aku. "Kau ni degil kan. Apa aku cakap macam nak tak nak je kau dengar. Habis kau nak pergi kerja macam mana ni?" 

Aku berhentikan langkah, aku menoleh ke arah Azfar yang sudah berada disisi aku. Wajahnya aku renung dalam samar cahaya lampu neon itu. "Kau ni layan aku macam budak kecil. Cuma kau diam untuk sesaat, boleh?" Aku terus kan langkah tetapi kembali berhenti apabila merasa Azfar masih tercegat disitu. "Okey...okey... Esok aku naik teksi la pergi kerja. Kalau kau nak ambil hantar pun boleh." Aku coretkan senyuman ke arah Azfar. Lelaki itu terus membalas sambil mendapatkan aku beberapa langkah di hadapannya. Begitulah penghujungnya pertelingkahan kecil antara kami. Seteruk mana perasaan marah dan sakit hati ia tetap akan berakhir dengan baik. Ya, Azfar lebih banyak mengalah. Aku pula terlalu ego dan kesemua perkara aku hanya ingin menang.

*****

Selepas kes aku melanggar pembahagi jalan minggu lepas kereta aku dimasukkan ke bengkel dan aku pula terpaksa berulang alik dari rumah ke pejabat dengan menumpang Azfar. Pergerakan aku mulai terbatas. Kemana sahaja pastinya ada Azfar. Argh! menyesal pula timbul di dalam hati. Apa boleh buat masa yang berlalu tak dapat berputar balik dan aku redha sahaja apa yang terjadi.

Ruang menunggu masih dipenuhi pesakit lain. Aku beberapa kali melihat jam pada screen telefon bimbit jam menunjukkan 10.30 pagi. Sudah setengah jam aku terduduk disitu menunggu giliran aku dipanggil. Perasaan jemu mula melanda hati.

"Macam mana hari ni?"Soal Dr.Raja seperti biasa. "Ada apa-apa perubahan? Sakit? Loya?." Soal Dr.Raja bertalu-talu sambil lampu picitnya menyuluh biji mata aku, silau rasanya. "Ada demam?".

Aku menggelengkan kepala "Tak ada."

"Awak betul tak nak buat rawatan yang saya syorkan?." Dr.Raja kembali duduk di tempatnya. Kali ini wajahnya serius memandang aku.

"Tak kot." Jawab aku kurang pasti. Masih terfikir-fikir apa yang terbaik. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tak mahu juga hal ini sampai ke pengetahuan Azfar. Pasti ribut satu malaya. Confirm diseretnya aku menghadap Dr.Raja setiap hari.

"Tak kot? Awak tahu ini bukan perkara biasa-biasa. Awak adalah ...." Belum sempat Dr.Raja menghabiskan ayatnya aku telah memotong tanpa memberi ruang untuk Dr.Raja meneruskan perkataan itu. Perit benar aku terima hakikat itu.

"Saya tahu...tapi bagilah saya masa." Aku mengigit bibir tatkala hati masih kurang yakin dengan apa yang aku cuba perkatakan. Jauh dilubuk hati aku hanya mahu pergi tanpa memikirkan banyak hal. Aku tak mahu bayangkan dan lakukan apa-apa pun untuk itu. Aku hanya mahu fikiran yang tenang dan kosong tanpa sebarang hal yang difikirkan orang lain sebagai masalah. Itu sahaja. Payahkah mereka untuk faham?

Kali ini Dr. Raja menungkat dagunya, sesekali digaru dahinya yang tidak gatal itu. Dia memandang aku dengan perasaan yang sukar dijelaskan. Mudah bagi dia untuk memberi nasihat tetapi andai hal itu terjadi kepadanya pasti dia merasakan hal yang sama. "Okey. Kita jumpa lagi tiga minggu, boleh?" Ujar Dr. Raja.

"Okey. Terima Kasih Doc." aku bangkit dari kerusi. Senyuman mesra terus terukir melebar tatkala tangan ini berjabat dengan tangan Dr.Raja Junaidah.

Belum sempat tombol pintu bilik Dr.Raja aku pulas, Dia berkata "Tapi...jangan lupa makan ubat ikut jadual dan kalau boleh fikirkan secepat mungkin. Jangan ambil mudah semua hal. Kita belum cuba dan belum tahu hasilnya" Tambah Dr.Raja mengingati aku sekali lagi. Aku pula hanya mengangguk seperti orang bodoh. Semangat aku sudah lama hilang dan bersepai bagai cebisan kain buruk.


to be continue...

No comments:

Post a Comment

LEBIH MENARIK DISINI: