Hari Turbo : EPS 4

Aku meneliti beberapa dokumen yang diberikan Dr. Raja. Aku termenung seketika terduduk di bangku dikalangan pesakit luar yang berkunjung ke hospital itu. Otak aku lemah untuk berfikir lagi. Apa yang berlaku sudah aku jangka. Ya, ini bukan pengakhiran, ini baru permulaan...permulaan yang teruk bagi aku. Siapa aku untuk mengeluh dan menolak? Aku bangun dari tempat duduk dan terus berjalan menuju ke arah pintu utama hospital. Dari jauh sudah aku nampak Azfar dengan senyumannya. Aku membalas senyumannya mesti wajahnya samar dek pandangan aku. Aku terlupa untuk mengenakan kaca mata.

"So...how?." Soal Azfar dalam nada ceria. Aku tahu dia cuba bingitkan suasana sunyi didalam perjalanan kami memandangkan aku hanya berdiam diri dan lebih banyak campakkan pandangan keluar tingkap kereta sambil mengira tiang lampu jalan barangkali.

"Nothing."

"Nothing? Apa maksud?." Azfar cuba persoal jawapan aku yang tak seperti menjawab soalannya. Aku rasa aku okey sahaja cuma perlu masa untuk ambil mood dan tenangkan diri. Itu sahaja. Aku malas untuk fikir apa-apa buat masa ini.

"Doktor cakap semua okey. Tak perlu ambil ubat lagi." Kataku bohong. Argh! itulah yang terbaik.

"Kan...aku dah cakap, semua tak ada apa-apa. Kau je yang suka fikir bukan-bukan." Senyum Azfar melebar. Walaupun aku tawar hati nak menatap wajah dia tetapi kebaikan dia tidak dapat dilupakan. Dimana aku ada, disitulah dia akan ada untuk memberi aku  sokongan mahupun pendapat. Dia sentiasa positif dalam segala hal, tak macam aku ni, lembik!

"Iyalah! Aku je yang salah. Cepat hantar aku balik office, banyak kerja aku nak settle tau tak." Balas aku separa mendesak.

"Habis kau ingat aku nak bawa kau pergi mana?." Azfar menjeling manja. Suka sangat dibuat mata terbeliak ke atas begitu. Macam comel je. Terasa gatal tapak tangan aku ni nak singgah ke pipi Azfar setiap kali dia buat muka macam tu, berpura merajuk konon.

"Ni...sebelum aku terlupa, aku nak cakap thank you sebab tolong hantar aku ke hospital dan jangan lupa progrem kita minggu depan." Aku risau takut Azfar membuat perancangan lain sedangkan kitorang sudah plan baik punya untuk balik ke Terengganu. Pada mulanya memang Azfar berat hati nak bawa aku jalan-jalan ke sana tapi aku ni biasalah kalau buat suara manja sikit mulakan si Azfar tu cair. Diturutkan sahaja apa yang aku idamkan. Dia tak pernah berkata tidak. Itulah yang aku sayang sangat kawan baik aku yang sorang ni. 

"Orait boss." Azfar megangkat tangan dan meletakkan didahinya seperti tabik hormat seorang tentera. Aku tersenyum geli hati dengan gayanya. Nasib kau ni baik, kalau tak dah lama aku humban bagi makan buaya.

Selepas Azfar menghantar aku ke pejabat, aku siapkan tugas seperti biasa. Aku perlu siapkan kertas kerja yang tertangguh sebelum pukul 5  petang memandangkan esok aku dapat cuti sakit daripada doktor untuk beberapa hari. Aku tidak suka menyerahkan kerja aku kepada orang lain dan lebih selesa dengan hasil kerja sendiri. Selepas selesai, aku serahkan kertas kerja kepada Mr.Chin untuk disemak dan aku tidak menunggu lama untuk tahu pendapat Mr.Chin. Tepat 5.40 petang, aku sudah berada dijalan raya untuk pulang ke rumah tapi hari ini berbeza dari hari sebelumnya. Aku tidak mahu terus balik ke rumah tetapi memandu dan terus memandu hingga menghala ke Putrajaya. 

Fikiran ini masih basah memikirkan perbuatan Izham dan Zila. Zila rakan sekerja aku dan Izham adalah pakwe aku. Keduanya penting bagi aku tetapi apa mereka buat pada aku? Aku pula tak mampu pun untuk ambil tindakan dan hanya mampu menangis tatkala terlintas wajah kedua mereka. Aku sepatutnya dengar kata-kata rakan sepejabat supaya tidak bergaul dengan orang produksi tetapi aku degil. Aku peramah peramah dan baik sangat sampaikan orang bawahan tidak mampu untuk hormat aku. Aku bukan orang jenis itu yang suka melabel-labelkan kedudukan. Aku nak berkawan semua tetapi tidak pernah terfikir bahawa janda tu akan rampas kebahagiaan aku, satu-satu lelaki yang aku sayang.

"Apa salahnya. Saya tak ada buat apa-apa, cuma saya ada kawan baru, salah ke?." Kedengaran suara Izham dihujung talian buat aku sebak.

Memang tak salah Izham tapi...dia rakan sekerja saya, kawan baik saya. Sampai hati awak. Dalam banyak wanita awak boleh dekati, kenapa Zila? Saya malu Izham...malu saat Zila fitnah saya satu pejabat, saya hanya mampu diam. Saat orang pandang sepi pada saya, saya menangis dalam hati. Kalaulah aku boleh luahkan itu pada Izham tetapi Izham takkan faham. Caranya dan suaranya sudah berubah. Tidak lagi sama seperti dulu.

"Dengar sini. Antara awak dan Zila...itu masalah korang. Antara saya dan Zila, itu adalah hak saya. Jangan masuk campur..."

Aku membisu lagi tetapi kali ini lama. Aku mematikan talian tanpa menunggu ayat seterusnya dari mulut Izham. Kalaulah aku ada M16, sudah lama pecah kepala mereka berdua aku kerjakan. Setiap kali melihat wajah Zila turun naik pejabat, mahu sahaja aku terkam seperti seekor harimau tetapi untuk apa? Untuk aku dilihat seperti bersalah? atau untuk aku diperhatikan seperti orang bodoh? Aku takkan lakukan itu. Aku sudah jelaskan kepada Izham bahawa aku akan lepaskan dia andai ada orang lain boleh cintai dia lebih baik dari aku. Aku tidak suka memaksa hati orang untuk mencintai aku. Aku tidak akan merebut hak orang lain dan kalau Zila boleh membahagiakan Izham, itu yang terbaik dari ALLAH swt.

"Apa nak jadi dengan kau ni?." Izham memandang muka aku dengan perasaan yang bercampur baur. Aku hanya tunduk memandang lantai, sepi...

No comments:

Post a Comment

LEBIH MENARIK DISINI: