Hati Turbo : EPS 2

     Aku hanya berdiam diri ditempat duduk penumpang. Haq membisu. Sepanjang perjalanan, tiada sepatah bicara, kami lebih banyak melayan rasa sendiri. Apa yang berlaku pagi tadi menjadi wayang di dalam minda aku. Adakalanya perasaan ini berbelah bagi antara ingin diminati dan meminati tetapi aku perlu ego. Ego agar kisah lama tidak terulang. Aku penat...penat untuk menjadi seorang yang teruk. Aku tidak membenci lelaki meski aku selalu perkatakannya, cuma adakalanya perasaan sakit itu dating tiba-tiba mengusik hati aku yang rapuh.
Aku lemah untuk mempertahankan hak aku dan kebebasan aku sendiri. Aku biar diri aku diperguna dan di khianati. Aku sakit setiap kali aku menangis, aku rasa pelangi itu tidak wujud dan syurga bukan tempat terbaik untuk aku lagi.

Mata kuyu ini aku campakkan ke luar tingkap kereta. Mengemis keindahan yang terhidang depan mata. Mengharap rasa tenang, rindu dan kebaikan dating mendamaikan resah dan kecewa. Bayu menampar halus wajah ini, aku pejamkan mata seketika. Telintas damai Lautan China Selatan, burung laying-laying terbang melayang sesekali melintas wau bulan anak kampong yang beriadah. Nakal bermain diminda. Tanpa sengaja senyum terukir sendiri. Aku habiskan khayalanku, ku buka mata dan mengela nafas berat. Basah telinga dengan lagu dicorong radio kereta milik Haq. Berkumandang bait lirik mengisah seorang wanita yang elok molek wajahnya tapi menyimpan banyak kesakitan, kekecewaan dan sengsara yang tak dapat difahami lelaki.

Aku...
Tidak pernah rasa cantik, tapi aku adalah insan yang kerap disakiti, dizalimi lelaki. Mereka datang dan buat kita selesa, kemudian mereka berlalu pergi tanpa rasa bersalah. Mereka tidak pernah meletakkan diri mereka ditempat aku, mereka tidak rasa sakit aku. Mereka hanya merasa apa yang mereka rasa kerana beranggapan aku tidak merasa apa yang mereka rasa sedangkan apa yang aku rasa adalah sebenar-benar perasaan dan kenyataan. Kejam!

"You pernah ada kekasih sebelum ni?." Soal Haq buat aku tersentak dari khayalan. Terpinga-pinga.
"Errr..ya.Ada." Bilang aku jujur.
"Kenapa break up?." Soalan lazim yang biasa ditanya mana-mana lelaki. Kemahiran lelaki tak boleh lari dari tanya soalan basi, akhirnya menjerat kaum hawa.
"Tak ada jodoh." Jawabku, malas untuk panjang cerita. Yang lalu biar berlalu.
"I ada someone...."
"And then?." Sampukku tanpa menunggu Haq habis bicara.
"Bertunang and putus, I tak rasa wanita ni kejam kerana dalam Al-Quran pun ada sebut, kaum hawa adalah lemah. I cuma maafkan dan mulakan hidup baru. Ini sebabnya I terjebak dengan sukan permotoran."
Aku mengangguk tanda faham walaupun aku tak tahu point sebenar dia bertanyakan aku soalan dan menceritakan tentang sejarah cintanya yang lapuk dan ditelan zaman. Oleh kerana menghormati Haq, aku mengangguk tanda faham apa yang cuba disampaikan.
"Adakalanya, kita kena lepaskan...."


No comments:

Post a Comment

LEBIH MENARIK DISINI: