Hati Turbo : EPS 3


"Hah!Sampai pun pengantin kita." Kata Yaz menghalakan pandangannya ke arah aku dan Haq. Haq tersenyum dan aku confirm lah malu, semerah saga dibuatnya. Tajam benar usikan tu. Ada antara ahli kelab yang lain bersorak dan bertepuk tangan. Jadi bahan pula kami saat itu.

"Kau ni, nak cakap ikut sedap kau kan. Kau yang suruh aku dating dengan dia." Aku mencubit lengan Yaz tatkala kami berada jauh dari ahli kelab yang lain.

"Aduhhh...amboi. Gurau pun tak boleh."Yaz ketawa.
"Janganlah. Malu tau."
"Yelah tapi..apa salahnya. Haq pun solo."
"Kau ni kan...." Sengaja aku membeliakkan mata ke atas tanda pasrah. Malas aku nak melayan kerenah Yaz. Makin dilayan makin sakit jantung aku dibuatnya. Bazir letrik. Aku berlalu meninggalkan Haq dan Yaz disitu.

Majlis gathering anjuran kelab kereta berlangsung meriah. Aku dapat beramah mesra dengan banyak keluarga. Kebanyakannya dari pelbagai latar belakang kerjaya. Yaz dengan Haq berkumpul dengan kaum Adam di tempat membakar ayam. Sesekali aku memerhati tingkah mereka yang agak kebudakan. Bergurau kasar meskipun sangat mencuit hati. Sesekali ramahnya ahli kelab tersebut buat aku tidak terkongtang kanting melayan perasaan sendirian. Selepas makan, ada pula acara sukaneka bagi kaum bapa, kanak-kanak dan ibu. Aku tidak mengambil bahagian, lebih selesa memandang dari jauh.

Melihat mereka asyik bermain, aku melarikan diri seketika, menyusuri pandai. Cuba menikmati keindahan yang terbentang luas, memuji keagungan Ilahi. Mata ini meliar melihat gelagat manusia, keluarga dan reaksi wajah mereka. Ada yang dipenuhi senyuman dan terpancar kegembiraan diwajah mereka. Aku cemburu. Jiwa ini tersentuh tatkala memikirkan nasib diri yang tidak pernah merasa saat begitu. Saat dibelai seorang ibu, saat berkejar bersama saudara kandung dan saat dipinpin seorang ayah. Aku hanya merasai perit jerih yang dilalui, bagaimana berjuang untuk hidup, untuk mengalas perut dan mendapat pendidikan sempurna. Aku bertanggungjawab ke atas diri sendiri hanya kerana aku dibesarkan oleh seorang nenek. Aku tidak pernah diajar dan belajar erti kemewahan, itu yang membuatkan aku mencari erti sebuah keluarga, kasih saying dan persaudaraan tetapi masih wujudkah insan-insan yang jujur dan tulus menerima?

Aku menghela nafas berat. Mata mula berkaca, aku cuba menahan dari mengalirkan air jernih. Aku tidak mahu siapa pun melihat rasa ini, perit ini. Biar ia kekal rahsia.

"Ya Allah!." Aku mengurut dada yang berombak. Terkejut disapa begitu. Aku memejam mataku rapat, cuba kembali mengumpul semangat yang melayang. Ikutkan hati nak je aku menjerit sekuat hati. Terkejut tau tak!!!
"Berangan je."
"Bukan soal berangan, cubalah bagi salam. Buat orang terkejut je."
"Alah kalau you tak berangan, you mesti perasan I datang." Dia tersengih, tiada tanda akan mengalah.

Menarik juga bila dia senyum. Ermm jarang aku Nampak dia betul tersenyum lebih-lebih lagi bila dia dirumah. Berbeza bila dia bersama Yaz and the geng, ramahnya dan sifat cerianya terserlah. Tak dinafikan sifat pendiamnya agak menonjol terutama bila ditegur perempuan. Dia selesa mengukir senyuman tanpa membalas teguran atau usikan mereka.

"What ever. You kesini kenapa?." Soal aku yang tidak selesa dengan 'gangguan' itu. Langkah kami seiringan tanpa tujuan tapi terus ke hadapan menyusuri gigi air.
"Apa salahnya. Pantai ni bukan you punya pun." Jawabnya sinis.
Amboi! kemain lagi kau ek! Kacau betul la. "Memanglah bukan pantai I punya, al masalahnya you ganggu ketenangan I." Ujarku jujur.
"Bukan I ke 'ketenangan' you? You kan diam je masa datang tadi, I ingat you tenang duduk sebelah I."
Erk..entah kenapa aku nak muntah pula dengan kenyataan beliau. Adeh! biar betul ni, aku salah dengar ke? Mana perginya Haq yang pendiam, Haq yang bengis dan ditakuti adik-adiknya? Kenapa tetiba jadi miang ni??? Arhhhh stressnya.
"You tak payah buat muka yang you tengah menilai I sekarang ni. I bukan nak rogol you kat sini. I nak tanya je, balik nanti still nak tumpang I atau you nak join Yaz pergi lepak Port Dickson dengan ahli kelab?."
Krik...Krik...Krik... tekaan aku salah. Aduh! Malunya....Nampak sangat ke aku tengah fikir buruk tentang dia? "You nak follow diorang?." Tanya aku ingin kepastian.
"Tak. I nak balik." Jawabnya ringkas. Pandangannya dihala ke depan. Menikmati pemandangan barangkali atau dia menyampah untuk memandang tepat pada wajah aku saat menjawab tiap soalan. Siapa tahu.
"Okey. I ikut you balik, sebab I nak balik k.l malam ni."
"Baiklah, kalau macam tu kita balik awal sikit, I tunggu you kat sana." Haq tunjuk ke arah rakan-rakannya. Belum sempat aku menjawab, dia berlalu pergi meninggalkan aku terkial-kial disitu. Ish!

*****
"Okey. Jumpa lagi." Haq bersalaman dengan rakan ahli kelab kereta yang lain.
Yaz tiba-tiba datang membawa bekas plastic berisi dua bungkus makanan. "Nah! Buat bekal makan dalam perjalanan." Haq menyambut dengan ramah. "Dan...jaga elok-elok cikaro tu, jangan aku dengar dia report pula." Usik Yaz dengan tawa besarnya. Dahiku berkerut. Kurang ajar betul Yaz ni. Saja kenakan aku. Ish!...nak je aku baling botol air mineral kosong ditangan saat itu juga.
"Jangan risau, aku pastikan dia selamat dalam jagaan aku." Haq membalas, aku melopong. Erk.....ah sudah. Muka aku sudah merah padam, darah menyirap ke paras hidung sudah.
"Ha, boleh la tu cepat-cepat langsung." Balas seorang ahli senior kepada Haq. "Boleh kami ramai konvoi nanti." Tambahnya lagi.
Adeh mati macam ni, kena bahan. Ya ALLAH selamatkan hambaMu ini. Aku sedang dibuli kah? Kenapa Haq tersenyum saja, cubalah tepis.
"Insya ALLAH."
...... Tiada kata dapat keluar dari bibir ini.

No comments:

Post a Comment

LEBIH MENARIK DISINI: