Hati Turbo : EPS 5

Aku hanya menadahkan telinga tatkala mendengar suara Azfar yang nyaring. Tidak mampu untuk aku membela diri sendiri. Aku yang bersalah kerana cuai ketika memandu dan secara tak sengaja aku terbabas dan mendapat beberapa jahitan di dahi serta lengan kanan. Muka Azfar keruh beberapa kali memicit kepalanya yang tidak sakit. Kali ini aku tidak mampu membalas renungan Azfar entah kenapa. Azfar masih duduk di bangku dihadapan aku sambil matanya memandang tepat pada mata aku. Gayanya seperti dia akan meratah aku hidup-hidup kat situ juga.

Hari Turbo : EPS 4

Aku meneliti beberapa dokumen yang diberikan Dr. Raja. Aku termenung seketika terduduk di bangku dikalangan pesakit luar yang berkunjung ke hospital itu. Otak aku lemah untuk berfikir lagi. Apa yang berlaku sudah aku jangka. Ya, ini bukan pengakhiran, ini baru permulaan...permulaan yang teruk bagi aku. Siapa aku untuk mengeluh dan menolak? Aku bangun dari tempat duduk dan terus berjalan menuju ke arah pintu utama hospital. Dari jauh sudah aku nampak Azfar dengan senyumannya. Aku membalas senyumannya mesti wajahnya samar dek pandangan aku. Aku terlupa untuk mengenakan kaca mata.

Hati Turbo : EPS 3


"Hah!Sampai pun pengantin kita." Kata Yaz menghalakan pandangannya ke arah aku dan Haq. Haq tersenyum dan aku confirm lah malu, semerah saga dibuatnya. Tajam benar usikan tu. Ada antara ahli kelab yang lain bersorak dan bertepuk tangan. Jadi bahan pula kami saat itu.

"Kau ni, nak cakap ikut sedap kau kan. Kau yang suruh aku dating dengan dia." Aku mencubit lengan Yaz tatkala kami berada jauh dari ahli kelab yang lain.

Hati Turbo : EPS 2

     Aku hanya berdiam diri ditempat duduk penumpang. Haq membisu. Sepanjang perjalanan, tiada sepatah bicara, kami lebih banyak melayan rasa sendiri. Apa yang berlaku pagi tadi menjadi wayang di dalam minda aku. Adakalanya perasaan ini berbelah bagi antara ingin diminati dan meminati tetapi aku perlu ego. Ego agar kisah lama tidak terulang. Aku penat...penat untuk menjadi seorang yang teruk. Aku tidak membenci lelaki meski aku selalu perkatakannya, cuma adakalanya perasaan sakit itu dating tiba-tiba mengusik hati aku yang rapuh.

Hati Turbo : EPS 1


Aku tersenyum tatkala membaca mesej daripada rakan wechat. Aku tak begitu akrab tetapi berpura-pura sudah lama kenal.  Hipokrik kan. Ada bagusnya...sekurangnya taklah janggal sangat bila bersua muka nanti. Umurnya lebih muda dari aku yang sudah mulai menjangkau tiga series. Serius? Ofcourse!
Malam itu, aku drift ke Selatan tanah air untuk penuhi ajakan Yaz. Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan, aku menghubungi Yaz dengan harapan dia masih ingat akan janji temu malam ini. Tak sampai deringan kedua,

LEBIH MENARIK DISINI: