CERPEN: Hamparan Dosa Semalam

Aku lelah meniti waktu ini. Aku juga lelah meratapi segala salahku pada Yang Kuasa dan manusia. Bila aku coba ingati kembali detik mulanya aku tidak lagi perawan, aku jadi malu, aku menangis tersedu-sedu. Aku buntu untuk  menyalahkan siapa. Apakah harus aku salahkan Tuhan, mereka atau diri aku sendiri? Namun, perjalanan
yang hitam itu aku lalui jua. Hari demi hari segalanya masih tetap tidak berubah. Aku bukan pelacur dan aku juga bukan perempuan murahan. Aku hanya seorang gadis yang ingin dicintai namun demi orang aku cintai aku relakan segalanya.Mereka pula memberi cinta untuk mendapatkan kepuasan nafsu. Aku terbeban, aku terperangkap serta tertipu. Dalam dosa aku rasa bersalah namun tiada apa yang dapat mengembalikan aku ke jalan lurus melainkan kekuatan diri sendiri.

Farid lelaki yang menolak aku ke kancah hina. Di usia masih remaja aku jadi buta untuk menilai kebaikan orang. Apa sahaja yang Farid lakukan, bagiku adalah kasih sayang dan belas kasihan. Aku dan Farid seperti pasangan kekasih yang lain, romantik dan sentiasa seperti belangkas. Lama kelamaan sifat Farid berubah dan kasih sayang yang selama ini aku rasakan dari Farid sudah sama sekali lupus. Ditambah pula Farid sering memukul, sepak terajang jika aku tersalah kata. Saat itu aku fikir, Farid bukanlah lelaki ditakdirkan mencintai aku. Jika dia mencintai aku dia tak akan menyakiti aku dan tak akan membawa aku ke lembah hina. Selepas segalanya tidak pernah baik, aku ambil keputusan untuk meninggalkan Farid. Aku membawa diriku ke Utara tanah air. Disitu, aku berkenalan pula dengan Azmi. Azmi juga seperti Farid. Permulaan perhubungan segalanya nampak baik, sempurna tanpa cacat celanya. Aku bekerja dan meneruskan hidup. Namun, ibarat nasib ini...keluar mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya. Azmi juga menjadikan aku tempat pemuas nafsunya. Walau hati kecil ini melawan namun apalah daya diri ini. Sejak detik itu aku menjadi tempat rakan Azmi melepas nafsu dan beberapa lelaki yang kononya ingin membantu. Hati aku terluka, robek...

Tiap perhubungan aku dengan mana-mana lelaki pasti akan berakhir di tempat tidur. Tiap kali disentuh, air mata ini gugur. Hati ini berkata, 'bukan ini yang aku harapkan...'. Berbekal kesakitan dan kenangan pahit itu...aku tekad untuk membuang rasa percaya pada insan bernama 'lelaki' dan membenci kaum itu demi menjaga maruahku. Aku tidak mahu lagi dipandang hina dan menjadi manusia dilaknat ALLAH. Aku tekad untuk berubah dan berdoa supaya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, amanah dan bertanggungjawab. Aku masih perlukan 'cinta' seorang lelaki namun kini, aku mahukan lelaki yang 'halal' bagiku. Yang menerima kekurangan serta kebaikanku dan tidak mempersia-siakan diriku....

"Perkahwinan ni bukan satu penutup kehidupan, ia sebenarnya satu permulaan. Permulaan yang baru dalam hidup kita. Kita yang dulu sendiri, jahil dan tidak bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan ALLAH s.w.t, kini doa kita dimakbulkan ALLAH. DIA memberi pula kita permulaan baru iaitu hidup menjadi seorang isteri, surirumah, ibu. DIA mendidik dari pengalaman lalu agar hari ini kita menggunakan 'ilmu' itu dalam kehidupan hari ini. Dalam perkahwinan kita belajar erti tanggungjawab dan bertanggungjawab. Perkahwinan memelihara maruah wanita, perkahwinan menjaga martabat wanita dan dengan perkahwinanlah seorang lelaki menghargai wanita dengan jalan yang lebih diredhai-Nya. Inilah baru pilihan yang betul. Seorang lelaki yang benar-benar mencintai kita akan mengangkat martabat kita di dalam ikatan yang 'HALAL' baginya. Bukan sebaliknya. Apakah awak rasa, mereka mencintai awak sejujurnya dan memperlakukan awak seperti wanita jalanan, lelaki begitukah yang awak harapkan agar menjadi suami awak? Mereka sebenarnya tidak mencintai awak langsung. Mereka hanya memberi cinta palsu untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan dengan cara yang mudah, pastinya cara itu tidak baik baginya.".

"ALLAH mempertemukan kita dengan orang yang salah untuk mendidik kita agar kita mengambil ikhtibar dari kesilapan lalu dan memperbaikinya pada masa akan datang. Dalam hidup ini, ALLAH menguji kita dalam dua cara iaitu untuk kita 'MEMILIH' dan untuk 'MENDUGA' iman serta kesabaran kita. Kita dianugerahkan akal fikiran, jadi pastinya kita dapat menilai baik buruk sesuatu. Jika buruk pilihan kita, maka buruklah yang kita dapat dan begitulah sebaliknya. Satu cara lagi, ALLAH menurunkan bala ke atas hambanya adalah untuk menguji kekuatan iman, apakah kita bersyukur, mengeluh atau murka. Begitulah dalam kehidupan ini, kita boleh memilih pasangan yang baik, biar rupa tak 'cantik' janji hati, iman kacak bergaya. Cinta itu wujud tetapi ia hanya cinta kita kepada ALLAH, cinta ALLAH kepada kita, cinta ALLAH kepada kita untuk makhluk-makhluk lain. Yang menjadi cinta itu rosak apabila kita sendiri membelakangi cinta-Nya dan tidak mendalami cinta itu sendiri. Lebih parah bila kita lebih utamakan cinta duniawi dengan cinta nafsu. Lumrah manusia, tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan menjadi berganda bila kita tak ambil imput dari pengalaman lalu dan kita tak cuba untuk membuat perubahan."

Semakin aku cuba menjauhkan diri dari kemungkaran, semakin kuat godaan itu datang. Semakin aku tepis, semakin mara pula keinginan untuk mendapatkan cinta seorang lelaki. Suatu hari, aku bertemu dengan seorang lelaki, Ilham namanya. Aku bersumpah setia akan mencintainya sepenuh hati namun dia juga sama. Kali ini, dia pergi meninggalkan aku untuk wanita yang lebih cantik, berat sungguh perasaan sayang itu untuk dibuang. Bermula saat itu, aku tidak yakin untuk berharap pada sesuatu yang baik wahal aku sendiri tidak baik. Tangisan demi tangisan, robek hati tidak terkira saat melihat kemesraan Ilham dengan wanita barunya. Aku menjadi kesakitan itu sebagai permulaan untuk aku pergi dari kancah hina.

Bermulalah kehidupan baruku. Aku tidak lagi bekerja sebagai penganggur atau juruwang di pasaraya. Aku kenal beberapa ahli koperat dan menggunakan budi bicara untuk mendapatkan kerja lebih bermasa depan. Bermula sebagai pembantu akauntan, kehidupan aku perlahan-lahan berubah. Aku tinggal di rumah yang selesa, berkenderaan sendiri dan berpakaian lebih alegan. Tidak lagi berbaju T-shirt dan berseluar sukan  atau jeans lusuh. Namun, satu saat pun aku tidak pernah melupakan apa yang aku lalui. Aku anggap itu semua adalah pembakar semangat agar aku tidak lagi kembali kepada zaman itu. Meski air mata tidak kering mengenangkannya tetapi ia berbaloi. Kehidupan aku berubah namun hati aku masih lagi besederhana dan punya rasa malu, tambahan pula bila berhijab dan menutup aurat sepenuhnya. Pergaulan bersama rakan lelaki menjadi sedikit kekok dan janggal. Tiada lagi masa untuk aku keluar malam, tiada lagi ruang untuk aku perbuat dosa. Kehidupan baruku, aku penuhi dengan limpahan ilmu dan menghabiskan masa mencari kebaikan demi kebaikan sehinggalah aku ditemukan dengan Muhammad Syawal. Lelaki yang menjadi penceramah itu, yang berucap dihadapan puluhan ahli masjid. Aku bertuah dan merasakan tiada ruginya aku berubah dan janganlah rasa berbelah bagi untuk berkorban untuk membuktikan cinta kita kepada ALLAH s.w.t. meskipun sesuatu itu adalah yang amat kita sayangi. ALLAH pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. ALLAH itu tidak mengambil sesuatu dari kita, melainkan DIA mengambil dengan memberi yang lebih baik.

Aku tidak tahu bagaimana pertemuan aku dengan Muhammad Syawal. Tidak juga bercinta, tidak juga berkasih sayang. Kali pertama berbual di telefon, aku berkata bahawa aku tidak mahu bercinta kerana ianya akan membuang masa aku saja. Tidak sangka pula dia memberitahu ibunya bahawa dia mahu berkahwin denganku. Padahal dia tidak tanya kisah silamku dan dia tidak ingin tahu asal usulku. Perkahwinan menjadi janggal pabila ianya berlaku dalam tempoh sebulan namun Muhammad Syawal banyak mengajar dan memberitahu itu dan ini menjadikan perkahwinan itu mudah dan lancar. Nikmatnya berganda-ganda. Teringat aku pada kata-kata seorang sahabat, ' Yang baik itu tidak selalunya baik dan yang buruk tidak pula selamanya buruk'. Ini menunjukkan bahawa janji ALLAH itu pasti, seorang laki-laki yang baik, untuk wanita yang baik. Mungkin masa lalu aku bukanlah seorang wanita yang baik dan hari ini aku bukannya yang terbaik tetapi aku berasa lebih baik dari sebelumnya. Andai kita punya niat untuk berubah, pasti ALLAh akan menghantar sahabat-sahabat, saudara-saudara yang baik untuk membantu dan membimbing kita ke jalan-Nya. Alhamdulillah. Suamiku Muhammad Syawal tersenyum akan daku selepas selesai saja tazkirahnya hari itu.

"Kenapa tersenyum?." Soal aku kepada suamiku tatkala melangkah meninggalkan perkarangan masjid untuk ke lot parking kereta.

"Bersyukur." Jawab suamiku pendek. Senyumannya masih menghiasi bibir merah menyala itu. Jambu orangnya.

"Kenapa?."

"Allah menghadirkan awak untuk menjadi isteri saya." Ujarnya. Jemari aku digenggam dan dipimpin sehingga ke pintu kereta. Arg! mahu saja gugur jantung ini.

Begitulah kehidupan. Tak ada yang mustahil. Pastinya satiap kali kita perbuat dosa, kita akan teringat ALLAH. Rasa bersalah, gundah dan sedih. Ketahuilah, itu tanda dalam hati kita masih ada kebaikan yang ALLAH sunting dengan sedikit kesedaran. Kita hanya perlu zahirkan kesedaran itu dengan perbuatan. Solat, Puasa dan sebagainya. Ingatkan kata-kata ini, Jangan difikirkan bagaimana ianya bermula, fikirkan bagaimana ia akan berakhir. Wassalam...

1 comment:

  1. Hard Rock Hotel & Casino Las Vegas - MapYRO
    Find out where to stay near Hard Rock Hotel & Casino Las Vegas in Las Vegas, 대전광역 출장샵 NV. Get directions, reviews and 진주 출장마사지 information for Hard Rock Hotel 경주 출장안마 & Casino Las Vegas 광명 출장마사지 in 경상남도 출장샵

    ReplyDelete